PENGHANTARAN DISKET SISTEM DISIPLIN MURID (SSDM) FASA 1 TAHUN 2011

June 4th, 2011

Pengetua / Guru Besar,

Semua Sekolah Rendah dan Menengah,

Daerah Hulu Perak

Tuan / puan,

PENGHANTARAN DISKET SISTEM DISIPLIN MURID (SSDM) FASA 1 TAHUN 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid, PPD Hulu Perak akan mengumpul data

SSDM Fasa 1 ( kes 1 Januari hingga 31 Mei.2011 ).

3.         Sehubungan itu, tuan / puan dikehendaki menghantar disket data berkenaan pada / sebelum

10 Jun 2011ke Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak. Penghantaran data SSDM juga boleh di hantar

secara email ke alamat Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Ahmad Fauzi bin Abidin ( Penyelia HEM ) di talian 013 5300019

3.         Kerjasama dan kesudian pihak tuan / puan berhubung perkara di atas amat dihargai dan didahului dengan

ucapan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

Penyelia HEM

b/p: Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak

CABUTAN NO BERTUAH SEMPENA PERASMIAN MSSM KE 53 2011

May 10th, 2011
Perhatian kepada sekolah-sekolah yang berkenaan:
1. CABUTAN BERTUAH HANYA UNTUK SEKOLAH YANG HADIR PADA HARI PERASMIAN SAHAJA.
2. TARIKH AKHIR MENGHANTAR BORANG PENYERTAAN CABUTAN NO BERTUAH DAN PERMOHONAN
LAWATAN KE PPD 16 MEI 2011
3. DOWNLOAD ISI MAKLUMAT DAN EMAIL SEMULA BORANG TERSEBUT KE EMAIL
(fauzi9847@yahoo.com)

muatturun borang di sini Template Data

MAKLUMAT BUKU LEBIH DI BILIK OPERASI SKIM SIMPANAN BUKU TEKS SEKOLAH (BOSS) 2011

April 24th, 2011
MAKLUMAT BUKU LEBIH DI BILIK OPERASI SKIM SIMPANAN BUKU TEKS SEKOLAH (BOSS) 2011 PDF Cetak E-mail

PENGETUA / GURU BESAR,

Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak.

Tuan,

MAKLUMAT BUKU LEBIH DI BILIK OPERASI SKIM SIMPANAN BUKU TEKS SEKOLAH (BOSS) 2011

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan Bahagian Buku Teks Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak sedang mengumpul maklumat lebihan buku teks yang berada dalam simpanan BOSS sekolah untuk tujuan penyelarasan di peringkat daerah.

3.           Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta untuk memuat turun senarai judul buku dari Portal Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak dan mengembalikan semula maklumat lebihan buku tersebut yang telah disahkan  untuk perhatian Penyelia HEM Unit Hal Ehwal Murid sebelum 20 Mei 2011.

3.1     Sesalinan hendaklah di email ke alamat email –  smmppdhuluperak@yahoo.com.my

3.2    Muatturun   BUKU LEBIH SK 2011- untuk sekolah Rendah

3.3     Muatturun BUKU LEBIH SM 2011- untuk sekolah Menengah

4.       Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(  HAJI SALIM BIN SUHAIMI AMP  )

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah

Hulu Perak.

Sk . 1. Fail SPBT

KUTIPAN DATA SSDM JANUARI – FEBRUARI 2011

March 19th, 2011

SEGERA..!!!

Peringatan…

Pengetua /Guru Besar

KUTIPAN DATA SSDM JANUARI – FEBRUARI 2011

Sukacita saya menarik perhatian tuan berkaitan perkara di atas.

2         Sukacita dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan Jabatan Pelajaran Perak mengumpul Data SSDM ( kes Januari hingga Februari ) dengan kadar segera.

3.        Sehubungan itu, tuan dikehendaki menghantar Data SSDM (Disket) ke PPD Hulu Perak pada/sebelum 23 Mac 2001. Sebarang masalah sila hubungi Penyelia HEM.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah.

……….tt…………………………………

Penyelia HEM

b.p: Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak

Taklimat Penentuan Keperluan Buku Teks Kegunaan Tahun 2012

March 3rd, 2011

Kepada:

Pengetua/Guru Besar ( Sila baca -Terkini & Penting)

Sukacita dimaklumkan, Unit Hal Ehwal Murid PPD Hulu Perak  akan mengadakan Taklimat tersebut di 3 Zon yang di tetapkan, ia itu Zon Gerik, Zon Lenggong, Zon Pengkalan Hulu seperti surat yang diedarkan.

Sehubungan itu, bagi melancarkan proses pesanan buku Teks bagi kegunaan Tahun 2012, mohon kerjasama pihak tuan muat turan fail-fail yang dilampirkan,

dan diminta guru SPBT melengkapkan perkara yang perlu dibawa bersama semasa taklimat tersebut.Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.  Pihak sekolah sila muatturun bahan berkenaan SPBT berkenaan dipautan berikut: Sila Klik Sini

Data SMM berakhir 31 Jan 2011

February 10th, 2010

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!