Senarai Tugas Pegawai Pelajaran Daerah


Nama :   En.Abdul Wahid bin Nuruddin
Jawatan : Pegawai Pelajaran Daerah ( DG 52 )

Bertanggungjawab kepada : Pengarah Pelajaran Perak, Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, dan Ketua Sektor .

Senarai Tugas Pegawai Pelajaran Daerah

  • Mengurus dan mentadbir PPD
  • Menyelaras semua tugas dan tanggungjawab staf
  • Menyelia kerja-kerja pegawai-pegawai dan staf di PPD.
  • Terancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti kurikulum di peringkat  daerah.
  • Merancang dan mengelola kursus/seminar/ latihan untuk guru- guru di peringkat daerah.
  • Membuat Menyelia, penilaian dan pengesanan pengurusan kurikulum di sekolah-sekolah di daerah
  • Melaksanakan tindakan susulan lawatan Nazir sekolah
  • Melaksanakan dasar dan rancangan-rancangan termasuk latihan-latihan dan kursus di peringkat daerah
  • Membuat penyeliaan pengurusan kokurikulum di daerah
  • Meluluskan cuti bagi pengetua dan guru besar di daerah
  • Meluluskan permohonan pengetua meninggalkan sekolah atau pejabat untuk bercuti dalam negeri
  • Membuat cadangan pertukaran pengetua /guru besar serta pegawai-pegawai di PPD
  • Memperakukan laporan harta  pengetua /guru besar
  • Mengurus dan memperakukan  Laporan Nilaian Prestasi Tahunan  pengetua /guru besar, pegawai-pegawai dan staf di PPD
  • Memperakukan pencalonan pegawai dan staf bagi tujuan kenaikan pangkat
  • Menguruskan kes-kes aduan dari orang ramai dan mengambil tindakan yang sewajarnya
  • Mewujudkan hubungan yang erat dengan pemimpin masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan tempatan dan memberi kerjasama kepada usaha-usaha yang memberi faedah kepada pendidikan dan masyarakat.
  • Merancang Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) tahunan di daerah
  • Mewakili Pengarah Pendidikan Perak dalam aktiviti mesyuarat, perasmian di peringkat daerah.
  • Melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab lain yang diarah dari masa ke semasa oleh Pengarah Pelajaran Perak.
Posted in Uncategorized | 1 Comment