TIMBALAN PPD HULU PERAK


January 17th, 2011

Mutiara Kata

No Comments, Uncategorized, by admin.

Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu” (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah” (Hadis Riwayat Muslim)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi” (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup,iaitu MATI” (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu’aim)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

January 11th, 2011

Senarai Tugas Timbalan PPD

No Comments, Uncategorized, by admin.


Nama :   Hj. Salim bin Suhaimi       
Jawatan : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah ( DG 48 )

Bertanggungjawab kepada : Pengarah Pelajaran Perak, Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, Ketua Sektor dan Pegawai Pelajaran Daerah

 Senarai tugas :

  1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Pelajaran Daerah dalam semua aspek pendidikan di dalam daerah
     
  2. Membantu Pegawai Pelajaran Daerah memastikan semua pegawai dan staf sokongan di Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah sekolah dalam daerah melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berdisiplin.
  3.  Membantu Pegawai Pelajaran Daerah memastikan semua Pengetua dan Guru Besar meningkatkan mutu pendidikan selaras dengan falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan Pendidikan Negara.
  4.  Membantu Pegawai Pelajaran Daerah memastikan semua institusi pelajaran didalam daerah mematuhi teguruan dan syor daripada Jabatan Audit Negara dan Jabatan Audit Sekolah.
  5.  Membantu Pegawai Pelajaran Daerah memastikan semua institusi pelajaran di dalam daerah mematuhi teguran dan syor Jemaah Nazir Institut Pendidikan.
  6.  Membantu menentukan pencapaian SKT Pejabat Pelajaran Daerah tercapai.
  7.  Membantu menentukan keputusan keputusan mesyuarat di peringkat Jabatan Pelajaran Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah dilaksanakan.
  8.  Memastikan kejayaan pelaksanaan majlis majlis anjuran / kelolaan Jabatan Pelajaran Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah.
  9.  Memberi bimbingan dan nasihat kepada Pegawai Pegawai dan kakitangan sokongan di Pejabat Pelajaran Daerah bagi melaksanakan tugas masing masing secara teratur ( sistematik ) dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perak serta Pejabat Pelajaran Daerah.
  10.  Memberi bimbingan dan nasihat kepada semua Pengetua , Guru Besar dan Guru guru bagi melaksanakann tugas pendidikan dengan penuh tanggungjawab dan disiplin.
  11.  Memantau , memberi bimbingan dan nasihat kepada pegawai pegawai dan staf sokongan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pendidikan di peringkat daerah selaras dengan matlamat pendidikan negeri Perak.
  12.  Menganggotai Jawatankuasa Jawatankuasa dalam bidang pendidikan di peringkat negeri Perak , Jabatan Pelajaran Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah:

                    12.1 :   Jawatankuasa Pemilihan murid ke sekolah terkawal dan program khas Negeri Perak dan Daerah
                    12,2 :    Jawatankuasa Penempatan dan Pertukaran Guru Daerah
                    12.3:    Jawatankuasa PSKPP Daerah
                    12.4:    Jawatankuasa Hari Guru Daerah.